Thursday, February 08, 2018

The Science Of Shaklee Youth

Bismillah..

Assalamualaikum..

Semalam mama Shaklee Cik Anie kongsikan video klip tentang forum yang bertajuk 'The Science Of Shaklee Youth'.

So selepas menonton forum ni, Cik Anie rasa macam dah jatuh tahap WAJIB kena share dengan uolls. Sebab sangat WOW! Panel jemputan pun bukan calang-calang orang.

Virgini Descamp tu lama di Estee Lauder.. Givency... Dan macam-macam big brand yang lain. Pengalaman beliau lebih 20 tahun dalam skincare industry tau..

Jemput tengok. Dan jemput teruja sama k.. 😘


MD

Wednesday, February 07, 2018

CEO Shaklee jadi tikus makmal?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Korang buat apa tu..? Cik Anie baru la dapat rehat-rehat sat.. Buah hati tolong jaga kan anak-anak sementara Cik Anie update blog.. hihi.. TQ darling by the way.. 😘


Cik Anie saja nak kongsi dengan korang sama gambar ni.. Lelaki dalam gambar tu adalah CEO Shaklee iaitu Mr Roger Barnett.

Hat botol banyak-banyak kat rak tu pulak adalah di ambil di rumah beliau. 

Encik Roger ni sendiri tau dah mencuba baaaanyak produk skincare yang terkenal dan sangat gah di pasaran sebelum beliau menghasilkan rangkaian skincare Shaklee yang terbaru ni iaitu - YOUTH.

“It's could be GOOD but i want it BETTER for my Shaklee Family” - Roger Barnett

So, bila Youth ni di hasilkan, beliau mencuba satu per satu produk Youth sehinggalah beliau berpuas hati dengan result yang beliau perolehi hasil meng'guinea pig' diri sendiri.. Eh ape daa ayat Cik Anie.. haha.. Tapi betui la, dia sendiri mengambil risiko mencuba setiap satu produk Youth tu sampai puas hati dengan penghasilan Youth ni.

Disebabkan kecerewetan dan mahukan hanya yang TERBAIK untuk pengguna Shaklee, maka produk Youth ni memakan masa sehingga 8 tahun untuk dihasilkan. Kena melalui semua ujian klinikal dulu sebelum di pasarkan kepada kita.

Lama kan?!

Yup. 8 tahun ok. Bukan 8 bulan atau 8 hari. Tapi 8 tahun.

Memang tersangat la lama dan banyak duit telah dilaburkan sebelum terhasilnya premium skincare produk ni.

Keselamatan pengguna memang tiada kompromi bagi Shaklee. Hanya yang terbaik. Kesan yang terbaik. 

Memang Shaklee jamin yang set premium skincare ni bebas dari 1500 jenis bahan kimia yang sangat berbahaya pada manusia. Dan kepuasan hati pengguna Shaklee memang menjadi keutamaan.

Cik Anie pun rasa sangat WOW! 8 tahun weh. Entah berapa puluh juta la duit yang dilaburkan untuk kajian sehingga terhasilnya kejadian Youth ni kan. Lepas tu CEO Shaklee tu sendiri cuba try test kat diri sendiri sebelum bagi orang lain guna.

Agak-agaknya berapa ramai la CEO or founder local or international product yang benar-benar menggunakan product yang mereka hasilkan sendiri? Sesuatu untuk di fikirkan...

Ish.. 

Cik Anie makin excited sangat dengan Youth ni tau.. Dah tak sabar nak guna. 

Uolls pulak macam mana? Dah ready?

MD

Tuesday, February 06, 2018

Youth Skincare ~ Yang Terbaru Dari Shaklee

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasanya kalau sebut pasal Youth Skincare, mesti ramai yang dah dengar kan..? Semua SID seantero Malaysia dok sebut-sebut kan.. Tapi, bagi yang belum tahu, Youth Skincare ini adalah 'buah tangan' yang terbaru dari Shaklee.

Semalam ada roadshow pasal Youth Skincare ni dekat The Light Hotel, Penang. Alhamdulillah, walaupun agak terkejar-kejar, sempat jugak la Cik Anie masuk duduk dan dengar pasal Youth ni.



Set penjagaan kecantikan Youth ni dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia tau! Indeks Usia Kulit mengukur penampilan tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Maknanya bukan main hentam keromo je di hasilkan. Sebab Shaklee memang nak beri yang terbaik pada kita semua.

Produk Youth ni memang Shaklee janjikan bahawanya ianya :-

  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Non-Comedogenic
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi
Haa.. best kan?

Follow blog Cik Anie k. Tunggu Cik Anie update lagi pasal Youth Skincare ni.

By the way, Cik Anie nak buka Kutu RM100 x 10 orang. Boleh ambik barang kemas atau pun produk Shaklee. Kalau nak beli Set Premium Youth Skincare pun boleh tau..

Whatsapp Cik Anie laju-laju tau.. 013-5818283

MD

Monday, February 05, 2018

Diary Cik Anie ~ MANA DUIT BANTUAN SAYA?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi, Cik Anie decide nak kembali berleteren di dunia maya. Haha.. Berleteran gittew.. Ada yang rindu Cik Anie tak? Hihi..

So untuk permulaan, Cik Anie nak bercerita pasal kerja Cik Anie. 

Semua orang tahu kot Cik Anie kerja apa kan.. So Cik Anie tak mahu cerita yang tu.. 

Yang Cik Anie nak cerita adalah tentang duit bantuan kewangan kebajikan. Rasanya sejak dari hujung Januari, sampai ke la ni klien bertanya kan duit bantuan yang tak muncul-muncul dalam akaun masing-masing. 

Cik Anie tak mau sebut bila masuk sebab Cik Anie pun tak tahu duit FEBRUARI tu masuk bila.

Tapi, nak cerita soalan biasa klien tanya.. 

'Bila duit bulan Januari nak masuk ni? JKM tak wat keja ka?!'

Slow² Cik Anie tarik nafas dan lepaskan. Kemudian bertanya, 'bulan 12 hari tu keluar duit berapa?'
'RM400.'
'Sebelum ni keluar duit berapa?'
'RM350'

Lalu, dengan senyum simpul, Cik Anie menjawab di dalam hati.. 'HAMBOII, LEBIH RM50 TU HANG TAK TANYA PULAK MAI MANA?!! Yang lebih, ambik wat senyap. Tang lambat, hmpa kata macam²'.... Tapi tersekat dalam hati je laa... Kih.. Kih.. Kih..

Gini tuan dan puan, ni Cik Anie cerita bagi Daerah Kulim saja lah. Untuk bayaran bulan Januari, semua dah selesai di bayar pada pertengahan bulan Disember. Yang masih belum di bayar adalah bantuan Am sahaja. Itu pun dalam proses untuk pembayaran.

Yang tidak masuk lagi adalah bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar, Bantuan OKU Bekerja, dan juga Bantuan Orang Tua. Kami di fahamkan bukan Daerah Kulim sahaja tetapi satu Malaysia.

Tetapi, JANGAN RISAU. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyegerakan bayaran tuan puan semua.. Harap bersabar lah ya.

Dan mohon jangan tanya bila tarikh masuk. Cik Anie tak berani nak bagi tarikh. Nanti kalau bagi tarikh, tetiba duit tak masuk jugak, jenuh pulak Cik Anie nanti.

So, harap dapat membantu. Dan kami mohon maaf atas segala kesulitan yang tuan puan hadapi.

Eh, tapi ade ke klien yang baca blog Cik Anie? Ahhh.. Tak kisah la. 

Much Love,
Cik Anie.

Sunday, July 30, 2017

Haiii !~

Assalamualaikum..


Lama Cik Anie tak menulis di blog kesayangan ni.. Last bulan 5 dulu Cik Anie update. Huhu.. Apakan daya ku.. hihi..


Semua gara-gara pasal link suplemenmakdara.com expired dan Cik Anie tak berjaya contact syarikat tersebut untuk renew. Dah buat payment, dah e-mail tapi masih tak nampak hasil. So dalam pada tu, readers tak boleh bukak link yang lama, dan Cik Anie pun macam geram dan agak give up time tu.


Tak apa lah, la ni Cik Anie pun malas nak pening-pening fikir. Alang dah berjaya godek dan guna link asal pun kira syukur Alhamdulillah.. ye dokk? So sila follow www.hanihanafi.blogspot.com tau lepas ni.. hihi.. 😘




Apa update terkini Cik Anie? 
👉🏽 Cik Anie tengah 'demam' mekap
👉🏽 Cik Anie ubah angin, pakai contact lens pulak..
👉🏽 Cik Anie dah berjinak-jinak pakai shawl


Yang tu yang terkini.. Yang dok buat sedia nya..?
✌🏽 Still jual Shaklee dengan aktif
✌🏽 Still jual emas dan buat kutu emas


Korang kalau nak beli Shaklee ke emas ke, contact Cik Anie tau.. Masih guna no yang sama +6013-5818283


Tunggu Cik Anie update lagi naa.. Jangan nakal-nakal. 


Sayang Selalu 😘
Cik Anie

LinkWithin